Tuesday, 20 May 2014

Lemon ubat Kencing Manis

Hari ini saya nk kongsi cerita pasai lemon n kencing manis..

Kencing manis dari 36 boleh turun smp 4.. Betoi ka?? Sebelum bgtau apa rahsianya, jom kita kongsi cerita sorang kawan dekno ni..kesian sangat…

Baru umur 31 tahun menghidap kencing manis hingga menyebabkan mata dia sebelah kanan dah tak boleh nampak n skrg ni plak mata sebelah kiri plak bermasalah… Si kawan ni sebenarnya memang ada keturunan la.. semua family pun kencing manis. Dah dipesan, tapi dia ni tak mau beringat, tak mau jaga makan.. Mak dia mmg dah nasihat suh control makan tp maklumlah muda2 selera makannya besar...Macam manalah dia nak control semua tu..semuannya dia bedal. Air berkabonat ni jangan cakaplah favourite…Mimpi ngeri bermula setelah dia terjaga dari tido..pagi2 bangun terus mata dia tak nampak…Bayangkan kalau kita berada di tempat dia..macamana la kan?? dunia tiba2 jadi gelap..sedihnya...

Skrg dia masih menjalani rawatan untuk selamatkan mata yang sebelah kiri. Mata yang sebelah kanan memang dah tak dapat diselamatkan lg. Yang kiri sekarang masih tak leh nampak, tapi doktor sedang usaha sekurang2 nya mata sebelah kiri tu masih boleh digunakan wlaupun kabur2.. Paras gula yang terlalu tinggi menyebabkan saraf mata di rosak..

Masa saya n dekno p melawat dia kat hospital, nampak la buah lemon penuh dalam satu bekas. Dok sembang2 dgn mak dia, mak dia pun gitau lah petua nak turunkan paras gula dalam darah... Rupa2nya mak dia mengamalkan makan buah lemon setiap hari. sekali dgn kulit ditelannya...Paras gula mak dia dulu selalunya memang sangat tinggi tp memang dah turun sampai ke paras yg selamat la antara 4 hingga 6… Si Kawan ni pun dulu mak dia dah dok pesan makan lemon, tapi biasalah anak2 muda ni, bukan pecaya...Sekarang, satu hari dia makan 2-3 bijik, memang ternyata berkesan. Setiap kali chek paras gula 4 hingga 6 ja.. Alhamdulillah...

Balik rumah, saya pun carilah apa khasiat lemon ni sebenarnya sbb paras gula pun bleh turun.... Berikut merupakan beberapa fakta lemon yang perlu kita tahu :


  • Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml.
  • Perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya mudah diperah dan dikeluarkan.
  • Mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.


Ni lah rupa buah lemon.....
Melalui pembacaan, dengan mengamalkan menikmati lemon setiap hari dapat mencegah dan menyembuh beberapa penyakit seperti :
  • Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
  • Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
  • Membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
  • Merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
  • Langkah pencegahan bagi pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea 
  • Mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
  • Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
  • Jus lemon dapat mencegah dehidrasi dan kesan diarhea di samping memberikan cahaya keserian wajah.
  • Jus juga dapat mengatasi inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut.
  • Berkumur dengan jus lemon dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
  • Pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.
  • Menyelesaikan masalah pencernaan
  • Melegakan pedih ulu hati, kembung perut, sakit tekak, mengawal tekanan tekanan darah tinggi, pening dan loya.
  • Mengimbangi pH badan, meningkatkan system imun, menyah toksik, membersih darah dan usus serta bertindak sebagai antibakteria
  • Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
  • Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
  • Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
  • Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.


Rahsia penyembuhan buah lemon juga ada diceritakan dalam blog pusat rawatan islam KISWAH. Selain itu, khasiat lemon juga banyak dikhabarkan dalam versi indonesia.. contohnya http://www.berkhasiat.com/ banyak menceritakan pelbagai khasiat sumber semula jadi dalam kehidupan seharian.

Sekarang ni mak n abah kat rumah pun dah start makan lemon sebijik 1 hari… sejak makan lemon dengan nasi dia rasa perut dah kurang sikit berangin sebab dia ada gastric… bab kencing manis  tak tahu la plak sbb mak tak check lg paras gula dia sebab mak mmg tak dak masalah kencing manis..Tapi memang bagus la sebab gastric bleh kurang… saya pn kadang2 makan juga walaupun sangat2 pahit tp sedap bila buat ulam makan dengan nasi… nak sihat la katakan… sekarang ni bukan kira umur penyakit nk datang.. Mencegah lebih baik dari merawat… Betoi x?? 


Teknik lama memerah jus....hehe..

Salah satu cara makan kulit lemon..Buat ulam. Sedap tu cicah dengan sambal belacan..

Macamana cara makan lemon untuk orang kencing manis yang tinggi dan teruk??
Caranya, makan sekurang2nya sebijik 1 hari. Kalau mampu, biar lebih. bukan amek jus nye saje ye, makan sekali dengan kulit tau... pastu, bila dah chek paras gula, dah turun n ok, jangan trus berhenti.. amalkan setiap hari sebijik. yang sihat pun boleh amalkan sbg langkah mencegah. Tak susah kan nak jaga control kencing manis?? Makan je...

Kesimpulaannya, Lemon memang berkhasiat untuk kesihatan.  Bukan saje untuk kesihatan kulit, namun untuk kesihatan dalaman badan.. Benarlah, bila Allah turunkan penyakit kepada kita, sebenarnya, Allah juga turunkan penawar yang hampir dengan kita, kita hanya perlu berusaha..Hebatkan ciptaan ALLAH...

Selain sihatkan badan, jus lemon yang dicampur air suam dan madu dapat membantu menurunkan berat badan...Haaa... Mesti ramai nak KURUS kan??? So, apa lagi, jom p beli lemon wat stok di rumah n jadikan lemon makanan dan minuman wajib setiap hari... :)

11 comments:

  1. Info yg sangat berguna. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Makan lemon atau rebus air n kulitnya sekali pastu minum sama tak khasiatnya

    ReplyDelete
  3. جزاك الله خير الجزاء

    ReplyDelete
  4. AMAT BERHARGA PETUA INI.T.KASIH

    ReplyDelete
  5. maaf menyelit.. lemon mmg bagus.. tp mmg slu ramai yg akan minum jus je.. kulit buang mcm tu je.. sbb tu sy try detox pati lemon by anys.. 100% pure lemon.. khasiat kulit lemon dikekalkan.. kalau nak boleh beli dgn dikya 0148383686.. pati tu boleh tahan 1-2 minggu penggunaan.. tak perlu dah nk beli atau nak sagat2 lemon.. cadangan je.. 😁😁😁

    ReplyDelete
  6. maaf menyelit.. lemon mmg bagus.. tp mmg slu ramai yg akan minum jus je.. kulit buang mcm tu je.. sbb tu sy try detox pati lemon by anys.. 100% pure lemon.. khasiat kulit lemon dikekalkan.. kalau nak boleh beli dgn dikya 0148383686.. pati tu boleh tahan 1-2 minggu penggunaan.. tak perlu dah nk beli atau nak sagat2 lemon.. cadangan je.. 😁😁😁

    ReplyDelete
  7. Info yg amat berguna..👍👍👍

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum slm sejahtera kepada warga group yang ada penyakit kencing manis!!. Jom viralkan berita baik ni Bantu kakak2 abang2 kita yg ada kencing manis yg dh bertahun2 bergantung pd ubatan.
    ▪
    Bantu kwn2 kita, saudara mara,jiran2 smua. Rawat terus kencing manis!
    ▪
    Ini 1 penemuan herba utk rawat kencing manis dgn bacaan gula xkira betapa tggi pun.
    ▪
    Herba yg di proses menjadi jus untuk pesakit kencing manis menurun kan bcaan gula yang amat tinggi
    ▪
    -Kaki luka bernanah
    -Badan letih dan lemah akibat kencing manis
    -Paling penting dapat lindungi buah pinggang
    -Rasanya yang tidak pahit dan sedap untuk di minum
    ▪
    🗣Jom sama2 kita viral kan, ..kita rawat cara selamat ,cara alami tanpa kandungan bahan kimia yg boleh bgi kesan yang tidak baik.
    ▪
    Gula turun dengan cepat selpas hanya dua jam meminum herba ni
    ▪
    Stabil kan gula kembali..paling penting dapat merawat buah pinggang!
    ▪
    iNi bkn jus buah buahan campuran biasa2 yg kat luar jual ni..😆
    Ini adalah herba yg sangat sukar dijumpai dn amat berkesan.
    ▪
    Mari bantu saudara mara,kwn2,jiran2 dn keluarga kte trun kan kencing manis sekelip mata!💪🏻


    NOTE :
    Ia BUKAN HERBA YG MEMANASKAN BADAN macam produk2 lain yang masukkan herba2 biasa Herba ni fresh2 di proses tiada perap simpan lama2.. boleh diambil sebagai suplement utk penyakit2 lain juga.

    Call & whats app sekarang! Nk tanya je dlu blh jgn malu.

    0174687570
    0174687570
    En mohd zuhairi

    #sharing is caring

    ReplyDelete
  9. Aslmualaikum..sya nk tnya. sya pregnant tp kena diabetik...boleh ka amalkan lemon ni..tnpa gula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aslmualaikum..sya nk tnya. sya pregnant tp kena diabetik...boleh ka amalkan lemon ni..tnpa gula...skrg ni kndungn baru 10 minggu dan trpksa ambik insulin dan ubat kncing mnis..mohon pncerahan

      Delete
    2. Boleh.sy jgk amal ms prgnnt.kena gdm.then jap je dh turun smpai la beranak.sy rendam air lemon je dgn kulit dgn air panas.tp sehari 1000ml sy minum.insyaAllah

      Delete