Friday, 21 November 2014

Millionaire Marketing Mastery with Dr Azizan Osman-Part 2

Kesinambungan daripada kisah di Part 1 .. ;)

Sebelum berangkat ke KL, kami berdua telah diberi warning oleh abah.. " abah bagi masa hampa 3 bulan, balik dr DAO, abah nak tgk semangat hampa meniaga macamana" aduss...... tak sangka rupa2nya abah dah siap search internet pasal DAO bila kami gtau je yg kami nak join seminar.. abah mmg sokong sbb dia kata, ramai yg berjaya dalam kelas DAO...So, we have to wait n see...

11/9/2014
Sampai kul7.30mlm kat PGRM, dgn semangatnya trus p register kat kaunter VIP (sbb katanya register tiket VIP), akhirnya ditolak ke general...agak2 la kan, byr pun murah drpd org lain, takkan nak dapat VIP kot...haha! rupa2 nya kedudukan kita adalah berdasarkan harga bayaran. yang tiket MURAH silalah duduk di BELAKANG ye..(mcm kasta plak...hehe), tgk DAO dr jarak jauh je ye...hihi... ok...faham...Biasalah hidup di dunia, yg kekurangan tu pasti akan terpinggir. Org yg banyak duit ni, byk kelebihannya...Kat sini pun dah nmpk kan  betapa berKUASAnya WANG kat dunia ni.. So, moral of the story, we have no choice, terpaksalah jadi kaya.. betul tak??  Hmm...namun bagi sy, segala2nya bergantung kepada individu, bagaimana cara kita menerima dan menggunakan ilmu tersebut, doesnt matter how the way we get it.. duduk depan pun kalau tido, xdapat apa jgk..baik dok belakang. (think positif ok... ;)
Yaey!! dah settle register, Jom balik bilik tido awai, esok ada appoinment dgn DAO... :)


Ni lah buku rahsia yang dapat masa register bersama dgn tag nama. siap ada homework..





12/9/2014 
Dengan semangat berkobar2, kami tiba awal di dewan.. ingatkan kami plg awai, rupa2nya dah penuh depan pintu..kena berbaris ye...barisan VIP dan General diasingkan sbb VIP akan masuk dulu duduk di barisan hadapan, kami general masuk kemudian, jadi boleh pilih nak dok mana sahaja, asalkan di belakang...haha...jadi, mmg berebut2lah yg general ni, kalo boleh nak paling depan antara  general2 yang lain..hikhik...kami pn xketinggalan berebut jgk.. satu lagi, ada syarat, masa dlm dewan, kita dilarang ambil gambar lgsg, jgn dok suka2 nak amek gmbr. krew2 sentiasa ada memerhati dan memantau, kalo ada yg cuba2 amek gambar, akan dirampas. JGN bikin DAO marah ok.... hormatilah permintaan DAO selaku guru kalau nak ilmu yg diberi itu berkat..Betul x??

Permulaan sesi pembelajaran oleh DAO memang menarik..kita akan aerobic dulu!! wah...ni part paling best!! sy sangat suka...regangan otot..mmg rasa segar.. kehadiran DAO mmg dinanti2..Moment DAO keluar je, semua menjerit2, mmg sebijik konsert live yg sy tgk dlm tv (sbb xpenah p tgk live concert pun..huhu..)

Okay...bermulalah sesi pembelajaran.. untungnya DAO bgi workbook, DAO  ajar ikut silibus yg ada dlm tu, memudahkan kita ikut.

Walaupn sehari suntuk tanpa henti, mula 8.30 pg smp 11.00mlm ( henti la jgk utk mkn n solat) mmg rekod la sy xmengantuk lgsg.. Kalo dulu p kuliah, lecturer ajar nak masuk 3jam, kami dah mintak stop..semua dah lesu.. tp berbeza dgn kuliah DAO, pelik jgk... tak tahulah org lain, tp sy rs cara penyampaiannya mmg tak bosan. Sbb DAO bercerita melalui pengalaman hidupnya yg sebenar, sejak bermula zaman kejatuhannya sehingga dia naik ke satu tahap yg tak dijangka...menjadi seorang jutawan pada usia yg muda. Itu yang kita semua impikan..

Okay, mari kita tengok sedikit apa yg diajar utk hari pertama..

  1. Kita perlu jelas apa perniagaan yang kita buat n nak buat. kena bagi org TAHU, FAHAM dan ALAMI produk yg kita jual, samada barangan atau perkhidmatan. nak perkenalkan diri dan perniagaan pn perlu ada caranya...nak tahu???mudah ja caranya...kenala hadir MMM.. ;)
  2. Senaraikan impian dalam hidup...sbyk mana yg mungkin.. dan pilih 5 yang utama dan pastikan itu impian yg benar2 harus dicapai dgn menjadikan perniagaan sebagai plaform.
  3. Anggapkan diri tiada apa2, tuliskan apa yg kita impikan untuk perniagaan kita.. berapa besar perniagaan, target keutungan dan apa2 sahaja..
  4. Apa itu marketing? ramai org salah faham dgn maksud marketing... DAO jelaskan satu persatu antaranya marketing merupakan proses xtak putus2.. (start -> middle -> no ending).
  5. 10 Common mistakes in business. Antara salah satu yg sy leh highlight kat sini, ramai antara kita suka memulakan perniagaan dgn modal yg besar (kononnya leh untung besar) dan meniaga pelbagai barangan (maknanya xdak fokus).Itulah adalah strategi yg silap..
  6. Kesimpulannya, nak berniaga atau nak buat apa2 sekalipun, WAJIB ada ILMU...

Ha...tu hanya secubit daripada apa yg diajar utk hari pertama... byk lagi...nak tulis semua, takut org bosan pulak.. Nak tahu selebihnya, kena lah join seminar ye...
So, kita sambung untuk sesi pembelajaran hari kedua n ketiga pada Part 3 lah pulak, ok??? 

 (source: internet) Keadaan dewan semasa IMKK. Ni lah gambaran semasa di MMM , tp takde tingkat atas tu..


Antara peserta2 yang ceria merupakan pemegang tiket general MMM ;)


Sekian utk part 2.... ;)









No comments:

Post a Comment