Tuesday, 20 May 2014

Yaya Sufiya Baby SPA

Yaya Sufiya Baby SPA merupakan budget spa yang beroperasi di rumah yang diusahakan oleh dekno dan ina, kira bisness adik beradik la ni... Buat masa sekarang, kami menyediakan perkhidmatan urutan badan (full body massage), lulur badan (full body scrub) dan urutan muka (face massage). Coming soon, akan ada lagi lain2 service kecantikan wanita di Yaya Sufiya Baby SPA dengan harga yang murah..bergantung kepada budget. (Sekarang tengah belajar untuk lain-lain perkhidmatan..huhu..) Yaya Sufiya baru beroperasi selama 3 minggu. 

Focus customer adalah semua golongan wanita muslimah (berkerjaya dan surirumah) yang tiada masa untuk memanjakan diri setelah letih berkerja dan menguruskan rumah. Harga yang diberikan sangat berpatutan dan mampu dibayar oleh sesiapa sahaja terutama yang mencari- cari spa yang murah (Yang penting skali, yang murah tak semestinya tidak berkualiti ok...) Yang mana yang dah cuba, jangan lupa recomend kan pada kawan2 dan berikan pendapat dan cadangan anda pada kami untuk tujukan peningkatan perkhidmatan yang lebih baik...
Menu utama di Yaya Sufiya Baby Spa

Fliyers yg diedar kepada customer




Inilah yayasufiya baby spa. Nampak jambukan??? ;)


Apa tunggu lagi org Penang???  Jom kita manja-manjakan diri!!!!
Cepat2 buat appoinment...


Tuesday, 6 May 2014

Yaya Sufiya Baby Spa

Yaya Sufiya Baby SPA merupakan budget spa yang beroperasi di rumah yang diusahakan oleh dekno dan ina, kira bisness adik beradik la ni... Buat masa sekarang, kami menyediakan perkhidmatan urutan badan (full body massage), scrub badan (full body scrub) dan urutan muka (face massage). Coming soon, akan ada lagi lain2 service kecantikan wanita di Yaya Sufiya Baby SPA dengan harga yang murah..bergantung kepada budget. (Sekarang tengah belajar untuk lain-lain perkhidmatan..huhu..) Yaya Sufiya baru beroperasi selama 3 minggu. 

Focus customer adalah semua golongan wanita (berkerjaya dan surirumah) yang tiada masa untuk memanjakan diri setelah letih berkerja dan menguruskan rumah. Harga yang diberikan sangat berpatutan dan mampu dibayar oleh sesiapa sahaja terutama yang mencari- cari spa yang murah (Yang penting skali, yang murah tak semestinya tidak berkualiti ok...) Yang mana yang dah cuba, jangan lupa recomend kan pada kawan2 dan berikan pendapat dan cadangan anda pada kami untuk tujukan peningkatan perkhidmatan yang lebih baik...



Menu Utama di Yaya Sufiya Baby SPA

Rupa Flyers yang diedar kepada customer

Jom Jom Try manjakan diri di YAYA SUFIYA BABY SPA... ;)

ok.Tata **




Sunday, 4 May 2014

Kenapa tak boleh sign up facebook baru?

Mungkin aku agak ketinggalan zaman.. Tapi nak cerita jugak la satu kisah agak lucu bagi aku, namun aku belajar sesuatu yang baru yang mungkin dah lama orang lain tahu...


Sejak kami ada blog ni, aku nak buatla facebook baru pkai email blog ni.. Dekat 2 minggu aku cuba nak bukak akaun fb baru untuk yaysufiya, cadangnya nak promote perniagaan spa n tudung... tapi tak boleh.. Bila aku dah siap fill form untuk sign up, benda ni yang keluar 'we are not able to process your registration'. Byk kali aku cuba, kot-kot la silap tulis email ke apa.. Lama2 dok cuba, aku chek setiap patah perkataan, benda tu jugak keluar. aku cuba jugak lain kot-kot email aku tu kena block. Punnn tak boleh jugak. Last2 aku bengang, seminggu jugak kot aku tak tengok facebook. Aku fikir, mungkin jugak admin facebook buat sekatan untuk buat akaun facebook disebabkan penyalahgunaan social network sekarang yang semakin berleluasa.....

Selepas seminggu lebih, semalam aku try lagi... Tak boleh jugak.. Geram giler!! Aku buntu, aku search 'why cannot sign up facebook ?' kat google (dah lama baru nak search, teruk betoi......) banyak jugak aku bukak link, tapi tidak mendapat jawapan yang aku cari. Heran jugak aku, aku sorang je ke yang masalah ni...?? At last, hampir2 putus asa, nak padam semua link, tiba2 aku terbukak satu link, terlintas kat mata je satu perkataan yang sangat membantu "make sure your age under 13....." yang tu je sempat aku baca, lepas tu jari aku dah terclik pangkah! damn!! Tapi key pointnya aku dah dapat!! Baru aku ingat, umur yayasufiya yang aku letak kat facebook tahun 2014, sempena tahun penubuhan blog yayasufiya.. Mmg xsampai setahun pun lagi kot yayasufiya..hahaha! Patotlah takboleh proses.... Cepat2 aku sign up balik, letak tahun 1983, average umur kami bertiga. HAH! Siap terus, Successss.....HAHAHA!




Alhamdulillah!!! Welcome yayasufiya..
Geram giler bila kluar kotak ni...











Moral of the story:
  • Jangan cepat putus asa mencuba sesuatu yang baru.
  • Baca satu persatu bila search maklumat kat google, mungkin kita terlepas pandang enda yang kita nak cari.
  • sebagai pengguna social network, must alert perkembangan semasa social network. Jangan jadi macam aku, tak tahu undang2 nak buat facebook (padahal dah betahun2 guna....) huhu..


Walaupun centre facebook dah kuatkuasakan undang2 untuk halang kanak2 bawah umur 13 memiliki akaun facebook, namun, sejauhmana keberkesanannya? Memang kalau dari segi mata kasar, nampak berkesan sebab once kita enter date of birth, kalau usia bawah 13, tidak akan diproses. Namun, boleh ke kita halang budak2 ni dari menipu tarih lahir mereka?? Pihak yang bertanggujawab, Internet Service Provider (ISP) pun xdapat jamin bahawa children under 13 sepenuhnya dibarred from social network.. Pokok pangkalnya, kembali kepada ibu bapa... penggunaan media sosial ni byk faedahnya, kitalah yang menentukan corak penggunaannya.. Yang penting skali, sentiasa pantau aktiviti anak2.. Rajin2 la baca link ni Innovation and inspiration for modern parents, best jugak topik forum yang dibincangkan...

* Rajin2 la add facebook yayasufiya..

Ok.Tata*


Friday, 25 April 2014

Transformasi ~ Gym to Spa

Asslamualaikum…

Lama xjenguk blog sendiri..Maklumlah 2-3 minggu ni agak sibuk menyiapkan mini SPA Dekno n Ina…Utk pengetahuan korang, Dekno n Ina dah lama plan nak buat spa..tp scara kecil2 an je, modal kecik je..Minat utk buat spa ni dah lama, Cuma  tak tau macamana n bila nak mula.. Akhirnya, kami buat keputusan utk memulakan langkah pertama perniagaan kami dengan bermodalkan RM1500 hasil daripada jualan alatan gym milik Arwah Paksu..nak sewa kedai buat spa, xmampu lagi..Memandangkan rumah Ina ada satu bilik  kosong yang memang jarang digunakan (sebelum ni bilik gym), bilik tersebut kami switch jadi bilik spa..yang comel….=)


Katil spa yg baru dibeli...
Asalnya ada kipas angin ni n alat gym je..




















Pening kepala pikir nak deco bilik ni...
Antara tenaga kerja yg byk membantu
proses transformasi





The new look of the room..Our Baby spa yg berkonsepkan Pink..

Alhamdulillah...akhirnya siap deco bilik spa... Spa dekno n Ina buat masa sekarang hanya sediakan servis massage dan scrub sahaja.. next entri, dekno story sikit tentang preparation for our mini spa operation...



OK...
Tata *









Sunday, 23 March 2014

Kebaikan dan keburukan Blog

Sebenarnya aku ni mls nak mengarang.TATAPI.... disebabkan blog aku ni xaktif lgsg n ‘blogersss partnerssss’ aku (miss eja n sis ina)  pn nmpknya agak sibuk smp xdan nak buat entri, jadi aku terpaksalah menulis sedikit..sedih aku tgk blog aku ni.. masa mula2 buat blog, kononnya nak aktifla smp share 3 org, spy cepat indeks naik n cepat boleh di search di google (impian setinggi gunung) tp….x apalah,kayuh pelan2,asalkan xlari dari niat asal iaitu menyumbang sesuatu kepada pengguna internet.. (ewah2…)

Arini aku nak cerita pasal kenapa aku nak buat blog? bgaimana leh tergeraknya hati aku nak wat blog?

Aku ni orang yang xpandai, byk benda aku xtahu. Kdg2 bila aku dgr org sembg, aku tgk tv, ada perkara atau perkataan atau apa2 je yg aku dgr n lihat, aku xtahu. Tp aku ni pemalu n xsuka nak tny direct kat org, kdg2 ego pn ada jgk.. hakhak.. jadi aku lebih suka jumpa en google… cepat2 aku capai hpon aku, taip google search!!!! Haa…….dh siap byk jawapan dlm list, click je yg mana aku bekenan, terjawablah persoalan yg ada kat kepala hotak aku tanpa aku memalukan diri dgn bertanya kepada org…hehe..tp korg jgn jadi mcm aku, cara aku ni sesuai utk org pemalu je mcm aku je. Nasihat aku, lebih baik korg tny je, malu ni xbagus, boleh sesat jalan..tol x? tp buat mse skrg, aku xsesat lg la…haha!!

Ok…..pnjg plak intro aku..berbalik kpd topic di atas… disebabkan aku slalu search, aku perasan dlm byk2 info yg aku dpt, adalah drpd bacaan blog yg ditulis oleh bloggers yg hebat2.. baru kusedar ramai rupanya org yg berpengetahuan di muka bumi ALLAH ni..ALHAMDULLILLAH, semua yg baik dr ALLAH.. daripada bacaan2 aku, aku dpt byk jg ilmu drpd penulis blog, hati aku berkata2 “bagus rupanya tulis blog ni.. byk membantu..”. setelah bertahun2 aku menggunakan khidmat bloggers, bru tahun ni aku tgerak hati nak buat blog sendiri. Apa faedah blog ni? Bagi aku, ada beberapa keperluan n faedah blog ni, antara yg aku dpt pkir adalah seperti berikut…..

  • Merupakan tempat utk perkongsian ilmu xkira agama, kaum, kategori, dan lain2 pd bila2 masa dan di mana2 sahaja…(dlm toilet pn boleh kalo hpon di tgn..)
  • Infonya sentiasa update… ha..yg ni mmg betul sbb mklumat ni kdg2 berubah mengikut masa. So carilah ikut keperluan masa. ( contohnya aku nak bercuti de medan, kebetulan ms tu ada gunung berapi meletus.. kalo aku xbaca blog yg terbaru, aku bca blog yg tahun2 lepas, msti aku dh p tempat peranginan yg bhampiran dgn kaw gunung berapi meletus tu..blog http://msieda.blogspot.com/ sgt membantu aku sbb dia slalu update ttg percutiannya)
  • Melatih kemahiran menulis aku.. slalu menulis bhs akademik.. bila tulis blog ni, bebas guna bahasa sndiri asalkan org faham. Mmg lg blambak2 lah idea mcurah2…(betul ke??)
  • Bila ada blog, sng nak komen blog org, di smping mberi pndapat n berbincang di blog.. yg ni best..kna plak bloggers aktif, sntiasa mberi feedback, lg kita suka…



Namun, ada keburukannya.. pro n kontra.. bhati2lah menempuh dunia teknologi maklumat ni… kita yg mcorakkan diri kita.. antarnya keburukkannya..aku mls nk tulis, korg leh bc blog ni http://kidut.blogspot.com/2010/08/blogging.html 
atau article ni http://www.scribd.com/doc/11551520/Kebaikan-Keburukan-Blog

Wlaupun ilmu aku xlah byk sgt utk disampaikan, tp biarlah sikit jgn xde lgsg.. skurg2nya aku ada niat utk memberi… smp bila aku hny nak menerima shj, betol x?? jadi, disinilah permulaan aku nak berkongsi memberi apa sahaja yg aku rasakan berguna utk kwn2 di luar sana yg sering menggunakan khidmat google… ini adalah cara kita buat kebaikan rambang..bak kata keknis "Random Act Of Kindnes" iaitu buat sesuatu kebaikan kepada org lain yg kita lgsg xkenaltanpa mengharapkan balasan melainkan kegembiraan orang itu..Nak tahu lebih lanjut pasal random adt of kindness, silalah ke keknis punya belog.. (owh...baiknya aku...hakhak..)


Rupa blog kami yg baru siap mg lepas...TAAA DAAA....


Ok, NexT!!
Tata..;**




Thursday, 20 March 2014

Helo... harini baru saya ada masa nak menulis..Minggu lepas punya citer.. .just nak share kegembiraan saya dengan u all semua...
16.03.2014 Ahad...


Saya telah dianugerahkan dengan pangkat yang kedua dalam biz part time yang saya jalankan...Kenaikan pangkat dari Sales Manager (SM) ke Senior Sales Manager (SSM)..
Anugerah pangkat ke dua

Ni masa pangkat Pertama


Alhamdulillah rezeki anak...
Saya juga telah diaraikan bersama 2 orang biz partner saya iaitu saya nyer Chief Clerk saya Ragayah binti Darus n sepupu saya sendiri Widianti binti Ismail.. dy orang 2 orang dua2 ni ambik anugerah SM...alhamdulillah dengan support dari group, leader n kwn2 kitorg bersama dpt nak stage kemarin...
Hahaha...ase macam retis gitu...pup pap pup pap kamera...
Saya boleh terbuat biz ni sebab pada mulanya saya lepas pantang mengalami masalah sakit urat sampaikan pedih2 badan dibuatnya..
Lepas 2 mmg nk cari ubat @ pape je la untuk hilangkan sakit..Citer2 kt kwn dy rekemen la benda alah ni..Bio Velocity Sleep Mate...
Dengar2 citer dy ni mmg minat sgt nk beli untuk diri sendiri n mak la sebab mak pn sakit tangan sampaikan dah dekat 3 tahun x bleh angkat tangan..

Ni la Bio Velocity Sleep Mate
Then saya pn beli n guna sendiri 1 n 1 lg hadiahkan kt my lovely mak...Terkejutnya guna BVSM ni malam ke pertama tidur saya rasa mcm tidur atas mesin massage..bergegar2 n rasa badan macam kena pulas2..tp sakit urat 2 masih lagi terasa...Masuk hari kedua masih sama lagi tidur memang nyenyak la tp bergegar2 badan ni...yang suprise nyer...bangun pagi rasa badan ringan n saya punya sakit urat yang dua bulan lebih saya alami 2 macam di buang entah kemana...x dek sakit lg...
Mak saya pun Alhamdulillah dy cakap tangan dy pun dh boleh angkat...yang sebelum ni mmg x bleh angkat langsung sakit...mmg magic la BVSM ni, saya rasa...Tp pape pn dengan izin ALLAH..
Lepas2 2 saya pn rasa nk joint la buat biz ni...bukan apa bleh rasa seronok plak bila juai barang kesihatan ni..pulak tu x payah makan2 tido je pn...2 yang saya buat biz ni...ermmmm....best la bila kita juai barang than dapat feedback customer positif...aduhai ALLAH jelah tahu perasaan terharu, gumbira n mcm2 la... nak tahu lebih lanjut ttg testimoni, leh la rajin2 singgah ke fb my queen leader 

Saya ni banyak lagi perancangan untuk diri sendiri, keluarga n fisrt sekali untuk my dearest daughter..MY LOVELY SUFIYA...Mummy akan buat apa saja untuk my baby..my love...


T kita ketemu lagi ya...

InaJ

Saturday, 15 March 2014

Bahaya Minum Susu Sejuk




First time ni nak tulis blog ni...macam best jer...hahaha..ni pn saya share blog ngan sister dekno n we all nyer BFF eja...depa ni yaya sufiya la termasuklah saya sendiri mummy sufiya...

My Baby Noorsyazlin Sufiya binti Shahrizal
Nk cerita ceriti la ckit n nk share something yang saya rasa mmg kita ni mummy2, mama2, mak2 n ape je lah panggilan yang anak panggil kt kita patut tahu...Benda yang saya nk share ni dengar pn macam geli jer tp nak share la jugak sbb rasanya masalah ni selalu je baby alaminya...iaitu KAHAK...For information la kan susu n kahak ni ada kaitan n cane bleh jadinya kahak...


Alkisahnya yang saya bleh tahu 2 sbb my baby Sufiya sebelum ni pernah la admit kt hospital...tp bukan kes serius la...demam panas je...tp baby kan klu demam panas ni kta pun susah hati...demam dy agak tinggi 2 yang kena tahan wad 2...

Sebelah bilik anak saya 2 adalah sorang budak lelaki lingkungan umur 4 tahun...kesian sangat disahkan BARAH PARU-PARU (gerun kan dengar?). Adik ni sebenarnya orang Acheh datang nk buat perawatan kt Penang la...Mama dy la yang gtau saya doc cakap anak jangan diberi minum susu sejuk..Sebab susu yang sejuk bila minum kerap2 boleh jadi kahak..Kahak ni plak kalau dibiarkan bahaya...Adik ni yang boleh dapat sakit barah ni sebab tu lah... Minum susu sejuk n lama2 berkahak. disebabkan perawatan yang lambat di negara mereka, kahak tersebut dah menjadi seperti selaput dan akhirnya mengakibatkan barah paru-paru..Kesian sangatkan...

                                                        Susu Tepung untuk anak kita

So kita janganlah bagi anak2 kita minum kalau susu dah sejuk biar dy minum suam2 kuku jek...Kalau dah sejuk 2 buang je la anggap je bukan rezeki anak dah rezeki semut..;) Sebab kalau kita nk pk kan membazir anak kita lagi berharga kan anugerah Ilahi 2...x pun kita bancuh susu sikit2 biar banyak kali bancuh jadi senaman tangan plak...hahaha...Bagi saya, apa yang penting bagi kita mama2 ni, perlulah dapatkan nasihat doktor berkenaan kesihatan anak2 sebagai langkah berjaga-jaga..org kata, mencegah itu lebih baik daripada mengubati...betol x???


Klah see u all next episod...

'share yg baik-baik jer...'

ina;)