Tuesday, 20 May 2014

Lemon ubat Kencing Manis

Hari ini saya nk kongsi cerita pasai lemon n kencing manis..

Kencing manis dari 36 boleh turun smp 4.. Betoi ka?? Sebelum bgtau apa rahsianya, jom kita kongsi cerita sorang kawan dekno ni..kesian sangat…

Baru umur 31 tahun menghidap kencing manis hingga menyebabkan mata dia sebelah kanan dah tak boleh nampak n skrg ni plak mata sebelah kiri plak bermasalah… Si kawan ni sebenarnya memang ada keturunan la.. semua family pun kencing manis. Dah dipesan, tapi dia ni tak mau beringat, tak mau jaga makan.. Mak dia mmg dah nasihat suh control makan tp maklumlah muda2 selera makannya besar...Macam manalah dia nak control semua tu..semuannya dia bedal. Air berkabonat ni jangan cakaplah favourite…Mimpi ngeri bermula setelah dia terjaga dari tido..pagi2 bangun terus mata dia tak nampak…Bayangkan kalau kita berada di tempat dia..macamana la kan?? dunia tiba2 jadi gelap..sedihnya...

Skrg dia masih menjalani rawatan untuk selamatkan mata yang sebelah kiri. Mata yang sebelah kanan memang dah tak dapat diselamatkan lg. Yang kiri sekarang masih tak leh nampak, tapi doktor sedang usaha sekurang2 nya mata sebelah kiri tu masih boleh digunakan wlaupun kabur2.. Paras gula yang terlalu tinggi menyebabkan saraf mata di rosak..

Masa saya n dekno p melawat dia kat hospital, nampak la buah lemon penuh dalam satu bekas. Dok sembang2 dgn mak dia, mak dia pun gitau lah petua nak turunkan paras gula dalam darah... Rupa2nya mak dia mengamalkan makan buah lemon setiap hari. sekali dgn kulit ditelannya...Paras gula mak dia dulu selalunya memang sangat tinggi tp memang dah turun sampai ke paras yg selamat la antara 4 hingga 6… Si Kawan ni pun dulu mak dia dah dok pesan makan lemon, tapi biasalah anak2 muda ni, bukan pecaya...Sekarang, satu hari dia makan 2-3 bijik, memang ternyata berkesan. Setiap kali chek paras gula 4 hingga 6 ja.. Alhamdulillah...

Balik rumah, saya pun carilah apa khasiat lemon ni sebenarnya sbb paras gula pun bleh turun.... Berikut merupakan beberapa fakta lemon yang perlu kita tahu :


  • Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml.
  • Perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya mudah diperah dan dikeluarkan.
  • Mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.


Ni lah rupa buah lemon.....
Melalui pembacaan, dengan mengamalkan menikmati lemon setiap hari dapat mencegah dan menyembuh beberapa penyakit seperti :
  • Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
  • Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
  • Membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
  • Merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
  • Langkah pencegahan bagi pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea 
  • Mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
  • Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
  • Jus lemon dapat mencegah dehidrasi dan kesan diarhea di samping memberikan cahaya keserian wajah.
  • Jus juga dapat mengatasi inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut.
  • Berkumur dengan jus lemon dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
  • Pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.
  • Menyelesaikan masalah pencernaan
  • Melegakan pedih ulu hati, kembung perut, sakit tekak, mengawal tekanan tekanan darah tinggi, pening dan loya.
  • Mengimbangi pH badan, meningkatkan system imun, menyah toksik, membersih darah dan usus serta bertindak sebagai antibakteria
  • Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
  • Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
  • Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
  • Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.


Rahsia penyembuhan buah lemon juga ada diceritakan dalam blog pusat rawatan islam KISWAH. Selain itu, khasiat lemon juga banyak dikhabarkan dalam versi indonesia.. contohnya http://www.berkhasiat.com/ banyak menceritakan pelbagai khasiat sumber semula jadi dalam kehidupan seharian.

Sekarang ni mak n abah kat rumah pun dah start makan lemon sebijik 1 hari… sejak makan lemon dengan nasi dia rasa perut dah kurang sikit berangin sebab dia ada gastric… bab kencing manis  tak tahu la plak sbb mak tak check lg paras gula dia sebab mak mmg tak dak masalah kencing manis..Tapi memang bagus la sebab gastric bleh kurang… saya pn kadang2 makan juga walaupun sangat2 pahit tp sedap bila buat ulam makan dengan nasi… nak sihat la katakan… sekarang ni bukan kira umur penyakit nk datang.. Mencegah lebih baik dari merawat… Betoi x?? 


Teknik lama memerah jus....hehe..

Salah satu cara makan kulit lemon..Buat ulam. Sedap tu cicah dengan sambal belacan..

Macamana cara makan lemon untuk orang kencing manis yang tinggi dan teruk??
Caranya, makan sekurang2nya sebijik 1 hari. Kalau mampu, biar lebih. bukan amek jus nye saje ye, makan sekali dengan kulit tau... pastu, bila dah chek paras gula, dah turun n ok, jangan trus berhenti.. amalkan setiap hari sebijik. yang sihat pun boleh amalkan sbg langkah mencegah. Tak susah kan nak jaga control kencing manis?? Makan je...

Kesimpulaannya, Lemon memang berkhasiat untuk kesihatan.  Bukan saje untuk kesihatan kulit, namun untuk kesihatan dalaman badan.. Benarlah, bila Allah turunkan penyakit kepada kita, sebenarnya, Allah juga turunkan penawar yang hampir dengan kita, kita hanya perlu berusaha..Hebatkan ciptaan ALLAH...

Selain sihatkan badan, jus lemon yang dicampur air suam dan madu dapat membantu menurunkan berat badan...Haaa... Mesti ramai nak KURUS kan??? So, apa lagi, jom p beli lemon wat stok di rumah n jadikan lemon makanan dan minuman wajib setiap hari... :)

Yaya Sufiya Baby SPA

Yaya Sufiya Baby SPA merupakan budget spa yang beroperasi di rumah yang diusahakan oleh dekno dan ina, kira bisness adik beradik la ni... Buat masa sekarang, kami menyediakan perkhidmatan urutan badan (full body massage), lulur badan (full body scrub) dan urutan muka (face massage). Coming soon, akan ada lagi lain2 service kecantikan wanita di Yaya Sufiya Baby SPA dengan harga yang murah..bergantung kepada budget. (Sekarang tengah belajar untuk lain-lain perkhidmatan..huhu..) Yaya Sufiya baru beroperasi selama 3 minggu. 

Focus customer adalah semua golongan wanita muslimah (berkerjaya dan surirumah) yang tiada masa untuk memanjakan diri setelah letih berkerja dan menguruskan rumah. Harga yang diberikan sangat berpatutan dan mampu dibayar oleh sesiapa sahaja terutama yang mencari- cari spa yang murah (Yang penting skali, yang murah tak semestinya tidak berkualiti ok...) Yang mana yang dah cuba, jangan lupa recomend kan pada kawan2 dan berikan pendapat dan cadangan anda pada kami untuk tujukan peningkatan perkhidmatan yang lebih baik...
Menu utama di Yaya Sufiya Baby Spa

Fliyers yg diedar kepada customer




Inilah yayasufiya baby spa. Nampak jambukan??? ;)


Apa tunggu lagi org Penang???  Jom kita manja-manjakan diri!!!!
Cepat2 buat appoinment...


Tuesday, 6 May 2014

Yaya Sufiya Baby Spa

Yaya Sufiya Baby SPA merupakan budget spa yang beroperasi di rumah yang diusahakan oleh dekno dan ina, kira bisness adik beradik la ni... Buat masa sekarang, kami menyediakan perkhidmatan urutan badan (full body massage), scrub badan (full body scrub) dan urutan muka (face massage). Coming soon, akan ada lagi lain2 service kecantikan wanita di Yaya Sufiya Baby SPA dengan harga yang murah..bergantung kepada budget. (Sekarang tengah belajar untuk lain-lain perkhidmatan..huhu..) Yaya Sufiya baru beroperasi selama 3 minggu. 

Focus customer adalah semua golongan wanita (berkerjaya dan surirumah) yang tiada masa untuk memanjakan diri setelah letih berkerja dan menguruskan rumah. Harga yang diberikan sangat berpatutan dan mampu dibayar oleh sesiapa sahaja terutama yang mencari- cari spa yang murah (Yang penting skali, yang murah tak semestinya tidak berkualiti ok...) Yang mana yang dah cuba, jangan lupa recomend kan pada kawan2 dan berikan pendapat dan cadangan anda pada kami untuk tujukan peningkatan perkhidmatan yang lebih baik...



Menu Utama di Yaya Sufiya Baby SPA

Rupa Flyers yang diedar kepada customer

Jom Jom Try manjakan diri di YAYA SUFIYA BABY SPA... ;)

ok.Tata **




Sunday, 4 May 2014

Kenapa tak boleh sign up facebook baru?

Mungkin aku agak ketinggalan zaman.. Tapi nak cerita jugak la satu kisah agak lucu bagi aku, namun aku belajar sesuatu yang baru yang mungkin dah lama orang lain tahu...


Sejak kami ada blog ni, aku nak buatla facebook baru pkai email blog ni.. Dekat 2 minggu aku cuba nak bukak akaun fb baru untuk yaysufiya, cadangnya nak promote perniagaan spa n tudung... tapi tak boleh.. Bila aku dah siap fill form untuk sign up, benda ni yang keluar 'we are not able to process your registration'. Byk kali aku cuba, kot-kot la silap tulis email ke apa.. Lama2 dok cuba, aku chek setiap patah perkataan, benda tu jugak keluar. aku cuba jugak lain kot-kot email aku tu kena block. Punnn tak boleh jugak. Last2 aku bengang, seminggu jugak kot aku tak tengok facebook. Aku fikir, mungkin jugak admin facebook buat sekatan untuk buat akaun facebook disebabkan penyalahgunaan social network sekarang yang semakin berleluasa.....

Selepas seminggu lebih, semalam aku try lagi... Tak boleh jugak.. Geram giler!! Aku buntu, aku search 'why cannot sign up facebook ?' kat google (dah lama baru nak search, teruk betoi......) banyak jugak aku bukak link, tapi tidak mendapat jawapan yang aku cari. Heran jugak aku, aku sorang je ke yang masalah ni...?? At last, hampir2 putus asa, nak padam semua link, tiba2 aku terbukak satu link, terlintas kat mata je satu perkataan yang sangat membantu "make sure your age under 13....." yang tu je sempat aku baca, lepas tu jari aku dah terclik pangkah! damn!! Tapi key pointnya aku dah dapat!! Baru aku ingat, umur yayasufiya yang aku letak kat facebook tahun 2014, sempena tahun penubuhan blog yayasufiya.. Mmg xsampai setahun pun lagi kot yayasufiya..hahaha! Patotlah takboleh proses.... Cepat2 aku sign up balik, letak tahun 1983, average umur kami bertiga. HAH! Siap terus, Successss.....HAHAHA!




Alhamdulillah!!! Welcome yayasufiya..
Geram giler bila kluar kotak ni...











Moral of the story:
  • Jangan cepat putus asa mencuba sesuatu yang baru.
  • Baca satu persatu bila search maklumat kat google, mungkin kita terlepas pandang enda yang kita nak cari.
  • sebagai pengguna social network, must alert perkembangan semasa social network. Jangan jadi macam aku, tak tahu undang2 nak buat facebook (padahal dah betahun2 guna....) huhu..


Walaupun centre facebook dah kuatkuasakan undang2 untuk halang kanak2 bawah umur 13 memiliki akaun facebook, namun, sejauhmana keberkesanannya? Memang kalau dari segi mata kasar, nampak berkesan sebab once kita enter date of birth, kalau usia bawah 13, tidak akan diproses. Namun, boleh ke kita halang budak2 ni dari menipu tarih lahir mereka?? Pihak yang bertanggujawab, Internet Service Provider (ISP) pun xdapat jamin bahawa children under 13 sepenuhnya dibarred from social network.. Pokok pangkalnya, kembali kepada ibu bapa... penggunaan media sosial ni byk faedahnya, kitalah yang menentukan corak penggunaannya.. Yang penting skali, sentiasa pantau aktiviti anak2.. Rajin2 la baca link ni Innovation and inspiration for modern parents, best jugak topik forum yang dibincangkan...

* Rajin2 la add facebook yayasufiya..

Ok.Tata*