Sunday, 4 May 2014

Kenapa tak boleh sign up facebook baru?

Mungkin aku agak ketinggalan zaman.. Tapi nak cerita jugak la satu kisah agak lucu bagi aku, namun aku belajar sesuatu yang baru yang mungkin dah lama orang lain tahu...


Sejak kami ada blog ni, aku nak buatla facebook baru pkai email blog ni.. Dekat 2 minggu aku cuba nak bukak akaun fb baru untuk yaysufiya, cadangnya nak promote perniagaan spa n tudung... tapi tak boleh.. Bila aku dah siap fill form untuk sign up, benda ni yang keluar 'we are not able to process your registration'. Byk kali aku cuba, kot-kot la silap tulis email ke apa.. Lama2 dok cuba, aku chek setiap patah perkataan, benda tu jugak keluar. aku cuba jugak lain kot-kot email aku tu kena block. Punnn tak boleh jugak. Last2 aku bengang, seminggu jugak kot aku tak tengok facebook. Aku fikir, mungkin jugak admin facebook buat sekatan untuk buat akaun facebook disebabkan penyalahgunaan social network sekarang yang semakin berleluasa.....

Selepas seminggu lebih, semalam aku try lagi... Tak boleh jugak.. Geram giler!! Aku buntu, aku search 'why cannot sign up facebook ?' kat google (dah lama baru nak search, teruk betoi......) banyak jugak aku bukak link, tapi tidak mendapat jawapan yang aku cari. Heran jugak aku, aku sorang je ke yang masalah ni...?? At last, hampir2 putus asa, nak padam semua link, tiba2 aku terbukak satu link, terlintas kat mata je satu perkataan yang sangat membantu "make sure your age under 13....." yang tu je sempat aku baca, lepas tu jari aku dah terclik pangkah! damn!! Tapi key pointnya aku dah dapat!! Baru aku ingat, umur yayasufiya yang aku letak kat facebook tahun 2014, sempena tahun penubuhan blog yayasufiya.. Mmg xsampai setahun pun lagi kot yayasufiya..hahaha! Patotlah takboleh proses.... Cepat2 aku sign up balik, letak tahun 1983, average umur kami bertiga. HAH! Siap terus, Successss.....HAHAHA!




Alhamdulillah!!! Welcome yayasufiya..
Geram giler bila kluar kotak ni...











Moral of the story:
  • Jangan cepat putus asa mencuba sesuatu yang baru.
  • Baca satu persatu bila search maklumat kat google, mungkin kita terlepas pandang enda yang kita nak cari.
  • sebagai pengguna social network, must alert perkembangan semasa social network. Jangan jadi macam aku, tak tahu undang2 nak buat facebook (padahal dah betahun2 guna....) huhu..


Walaupun centre facebook dah kuatkuasakan undang2 untuk halang kanak2 bawah umur 13 memiliki akaun facebook, namun, sejauhmana keberkesanannya? Memang kalau dari segi mata kasar, nampak berkesan sebab once kita enter date of birth, kalau usia bawah 13, tidak akan diproses. Namun, boleh ke kita halang budak2 ni dari menipu tarih lahir mereka?? Pihak yang bertanggujawab, Internet Service Provider (ISP) pun xdapat jamin bahawa children under 13 sepenuhnya dibarred from social network.. Pokok pangkalnya, kembali kepada ibu bapa... penggunaan media sosial ni byk faedahnya, kitalah yang menentukan corak penggunaannya.. Yang penting skali, sentiasa pantau aktiviti anak2.. Rajin2 la baca link ni Innovation and inspiration for modern parents, best jugak topik forum yang dibincangkan...

* Rajin2 la add facebook yayasufiya..

Ok.Tata*


No comments:

Post a Comment