Saturday, 22 November 2014

Millionaire Marketing Mastery with Dr Azizan Osman-Part 3

Dah settle satu hari dalam Part 2, kita sambung plak part 3...

13/9/2014
Second day....semangat masih menebal....kawan baru pn dah agak byk.. nak tahu x apa yg uniknya seminar DAO ni? Ada beberapa undang2 khas yg telah digariskan..antaranya, setiap kali masuk dewan, pastikan org di sebelah anda adalah org yg berlainan.  Means??? xboleh lah dok duduk sebelah kawan yg kita kenal je.. banyak tugasan yg memerlukan kita berinteraksi dgn org sebelah dan melakukannya dalam group.. Jadi kalo duduk dgn org yg sama ja,bermakna kita dok dgr cerita yang sama dari org yg sama jelah...kalau dah dalam seminar pn xleh nak berkembang, apatah lagi bisnes?? macamana nak luaskan empayar bisnes?? Menghadiri seminar merupakan suatu peluang yg terbaik utk kita mengenali sahabat2 bisnes yg baru...and must remember, the best marketing mental is NETWORKING!! so, grab the opportunity...ini lah peluang utk kita meluaskan networking perniagaan kita!! 1 more thing, semasa menghadiri seminar, dont forget to bring along ur bisness card (kami xdak bisness card pun...rugi2) masa ni lah kita nak bagi pada kawan2 baru...

Pembelajaran hari kedua dan ketiga, DAO byk menyentuh ttg tajuk seminar, iaitu strategi rahsia menjadi jutawan.. Antaranya :

  1. Formula of  P.O.W.E.R. Antaranya, DAO bagi magic formula untuk kembangkan bisnes, iaitu membuka peluang kepada orang luar utk jadi pengedar produk kita..
  2. Huraian 300 STRATEGI PEMASARAN...yg ni part yg mmg stress giler..bayangkan 300 strategi dah diberi, yg mendengar ni pun dh letih berpinau mata, macamana la DAO boleh sampaikan dlm masa setengah hari je..setiap satu dihuraikan. Mmg pecah rekod n pecah kepala kami..Haha..DAO dah bantu kita dgn memberi 300 strategi, apa lagi, balik, pilih yang mana bekanan, then apply....
Nak tahu lebih lanjut??? Apa lagi, jomlah join seminar MMM...;)

Pada malamnya, ada HOT SEAT, the best part dalam seminar katanya...semua peserta yang berjaya dipanggil utk berkongsi pengalaman... teruja nak dgr pengalaman org2 berjaya jadi jutawan ni, utk motivasi diri dan inspirasi.. 

 
Formula Of P.O.W.E.R.


300 marketing Strategi dah pun diberi, confirm MELETOP kalo apply..

14/9/2014
The last day.....umpama student abes semua kuliah dan start cuti sem, boleh balik kampung, tipu la kalo kata xbest kan?? mesti la best... Tp secara jujurnya mmg terasa sedih.. satu perasaan yg agak luar biasa...mmg hebat kesannya, MELEKAT di hati.. Hari terakhir, ada sikit mengantuk.. Terlelap jgk la beberapa saat, mungkin letih sgt kot.. Tapi kalo difikirkan letih, guru lebih letih mengajar daripada kita, kan? My sister lagi sakan lena... masa hari 1st aritu, " Hg jgn bagi kakak lena, RM500 tu bayar, rugi la kalo tidoq".. hari ketiga " Kakak nak tdoq sat ja... " huhu..

Antara pembelajaran yg terakhir:
  1. DAO sentuh ttg theme line dan logo yang terbaik dalam bisnes.. beberapa contoh kad dan iklan diberikan. ( sediakan kad bisnes sbb mgkin kad anda bertuah dipilih oleh DAO sbg contoh)
  2. Yang paling best skali, DAO dedahkan rahsia 7 CARA NAK JADI JUTAWAN.... hehe...Kalau betul2 ikut, InsyaAllah, tahun depan leh jadi jutawan dah...Nak tahu caranya??? Rahsia.....dah bagitau byk kali dah kan??fikirlah sendiri ye..... ;)


Bakal2 jutawan perlu ada kira2 ni...

Sebelum tamat, DAO buka Q & A untuk peserta...berebut2 nak dapatkan pndgn DAO.. peserta yg bertanya pun, bukan main hebat lg... semua dah ada bisnes yg kukuh, cuma nak tahu bgaimana cara nak luaskan pasaran n ada jugak yg masih pening2 lalat... DAO hanya bagi pandangan, kita yg buat buat keputusan. Jawapan yg diberi oleh DAO sgt luar biasa.. U ARE SO MARKETING GENIUS DAO!!

Sekian sahaja apa yg dapat dikongsikan oleh sy..Sebenarnya, byk sgt yg nak dikongsi, tp terhad sbb menulis ni lain drpd menulis buku... kalo tulis buku, boleh la nak cerita detail. tulis blog, pnjg sgt pun, bosan jgk nk bca kan? baik baca buku or artikel or jurnal.. (padahal malas dah nak tulis...huhu) kalau nak tahu lebih lanjut, leh je comment atau add fb Yayasufiya, leh chatting kat fb je... Sy cuma share apa yg sy mampu. nak lebih jelas, silalah mendaftar MMM yang akan datang... Get to KNOW , UNDERSTAND and EXPERIENCE....

I AM A MARKETING GENIUS!!!

Eh, ada sikit lagi nak share..kita sambung part 4 ye... ;)



Last day, tamat seminar (cc: K.ina kacang sedap n iqa JSD)
Bersama Jerry...Nak tahu sapa? Jom join seminar...
Hari last, tulis Love letter for DAO...
Ni buku harus ada ye..kalo xbaca pun, buat koleksi..hehe


Friday, 21 November 2014

Millionaire Marketing Mastery with Dr Azizan Osman-Part 2

Kesinambungan daripada kisah di Part 1 .. ;)

Sebelum berangkat ke KL, kami berdua telah diberi warning oleh abah.. " abah bagi masa hampa 3 bulan, balik dr DAO, abah nak tgk semangat hampa meniaga macamana" aduss...... tak sangka rupa2nya abah dah siap search internet pasal DAO bila kami gtau je yg kami nak join seminar.. abah mmg sokong sbb dia kata, ramai yg berjaya dalam kelas DAO...So, we have to wait n see...

11/9/2014
Sampai kul7.30mlm kat PGRM, dgn semangatnya trus p register kat kaunter VIP (sbb katanya register tiket VIP), akhirnya ditolak ke general...agak2 la kan, byr pun murah drpd org lain, takkan nak dapat VIP kot...haha! rupa2 nya kedudukan kita adalah berdasarkan harga bayaran. yang tiket MURAH silalah duduk di BELAKANG ye..(mcm kasta plak...hehe), tgk DAO dr jarak jauh je ye...hihi... ok...faham...Biasalah hidup di dunia, yg kekurangan tu pasti akan terpinggir. Org yg banyak duit ni, byk kelebihannya...Kat sini pun dah nmpk kan  betapa berKUASAnya WANG kat dunia ni.. So, moral of the story, we have no choice, terpaksalah jadi kaya.. betul tak??  Hmm...namun bagi sy, segala2nya bergantung kepada individu, bagaimana cara kita menerima dan menggunakan ilmu tersebut, doesnt matter how the way we get it.. duduk depan pun kalau tido, xdapat apa jgk..baik dok belakang. (think positif ok... ;)
Yaey!! dah settle register, Jom balik bilik tido awai, esok ada appoinment dgn DAO... :)


Ni lah buku rahsia yang dapat masa register bersama dgn tag nama. siap ada homework..





12/9/2014 
Dengan semangat berkobar2, kami tiba awal di dewan.. ingatkan kami plg awai, rupa2nya dah penuh depan pintu..kena berbaris ye...barisan VIP dan General diasingkan sbb VIP akan masuk dulu duduk di barisan hadapan, kami general masuk kemudian, jadi boleh pilih nak dok mana sahaja, asalkan di belakang...haha...jadi, mmg berebut2lah yg general ni, kalo boleh nak paling depan antara  general2 yang lain..hikhik...kami pn xketinggalan berebut jgk.. satu lagi, ada syarat, masa dlm dewan, kita dilarang ambil gambar lgsg, jgn dok suka2 nak amek gmbr. krew2 sentiasa ada memerhati dan memantau, kalo ada yg cuba2 amek gambar, akan dirampas. JGN bikin DAO marah ok.... hormatilah permintaan DAO selaku guru kalau nak ilmu yg diberi itu berkat..Betul x??

Permulaan sesi pembelajaran oleh DAO memang menarik..kita akan aerobic dulu!! wah...ni part paling best!! sy sangat suka...regangan otot..mmg rasa segar.. kehadiran DAO mmg dinanti2..Moment DAO keluar je, semua menjerit2, mmg sebijik konsert live yg sy tgk dlm tv (sbb xpenah p tgk live concert pun..huhu..)

Okay...bermulalah sesi pembelajaran.. untungnya DAO bgi workbook, DAO  ajar ikut silibus yg ada dlm tu, memudahkan kita ikut.

Walaupn sehari suntuk tanpa henti, mula 8.30 pg smp 11.00mlm ( henti la jgk utk mkn n solat) mmg rekod la sy xmengantuk lgsg.. Kalo dulu p kuliah, lecturer ajar nak masuk 3jam, kami dah mintak stop..semua dah lesu.. tp berbeza dgn kuliah DAO, pelik jgk... tak tahulah org lain, tp sy rs cara penyampaiannya mmg tak bosan. Sbb DAO bercerita melalui pengalaman hidupnya yg sebenar, sejak bermula zaman kejatuhannya sehingga dia naik ke satu tahap yg tak dijangka...menjadi seorang jutawan pada usia yg muda. Itu yang kita semua impikan..

Okay, mari kita tengok sedikit apa yg diajar utk hari pertama..

  1. Kita perlu jelas apa perniagaan yang kita buat n nak buat. kena bagi org TAHU, FAHAM dan ALAMI produk yg kita jual, samada barangan atau perkhidmatan. nak perkenalkan diri dan perniagaan pn perlu ada caranya...nak tahu???mudah ja caranya...kenala hadir MMM.. ;)
  2. Senaraikan impian dalam hidup...sbyk mana yg mungkin.. dan pilih 5 yang utama dan pastikan itu impian yg benar2 harus dicapai dgn menjadikan perniagaan sebagai plaform.
  3. Anggapkan diri tiada apa2, tuliskan apa yg kita impikan untuk perniagaan kita.. berapa besar perniagaan, target keutungan dan apa2 sahaja..
  4. Apa itu marketing? ramai org salah faham dgn maksud marketing... DAO jelaskan satu persatu antaranya marketing merupakan proses xtak putus2.. (start -> middle -> no ending).
  5. 10 Common mistakes in business. Antara salah satu yg sy leh highlight kat sini, ramai antara kita suka memulakan perniagaan dgn modal yg besar (kononnya leh untung besar) dan meniaga pelbagai barangan (maknanya xdak fokus).Itulah adalah strategi yg silap..
  6. Kesimpulannya, nak berniaga atau nak buat apa2 sekalipun, WAJIB ada ILMU...

Ha...tu hanya secubit daripada apa yg diajar utk hari pertama... byk lagi...nak tulis semua, takut org bosan pulak.. Nak tahu selebihnya, kena lah join seminar ye...
So, kita sambung untuk sesi pembelajaran hari kedua n ketiga pada Part 3 lah pulak, ok??? 

 (source: internet) Keadaan dewan semasa IMKK. Ni lah gambaran semasa di MMM , tp takde tingkat atas tu..


Antara peserta2 yang ceria merupakan pemegang tiket general MMM ;)


Sekian utk part 2.... ;)