Saturday, 22 November 2014

Millionaire Marketing Mastery with Dr Azizan Osman-Part 3

Dah settle satu hari dalam Part 2, kita sambung plak part 3...

13/9/2014
Second day....semangat masih menebal....kawan baru pn dah agak byk.. nak tahu x apa yg uniknya seminar DAO ni? Ada beberapa undang2 khas yg telah digariskan..antaranya, setiap kali masuk dewan, pastikan org di sebelah anda adalah org yg berlainan.  Means??? xboleh lah dok duduk sebelah kawan yg kita kenal je.. banyak tugasan yg memerlukan kita berinteraksi dgn org sebelah dan melakukannya dalam group.. Jadi kalo duduk dgn org yg sama ja,bermakna kita dok dgr cerita yang sama dari org yg sama jelah...kalau dah dalam seminar pn xleh nak berkembang, apatah lagi bisnes?? macamana nak luaskan empayar bisnes?? Menghadiri seminar merupakan suatu peluang yg terbaik utk kita mengenali sahabat2 bisnes yg baru...and must remember, the best marketing mental is NETWORKING!! so, grab the opportunity...ini lah peluang utk kita meluaskan networking perniagaan kita!! 1 more thing, semasa menghadiri seminar, dont forget to bring along ur bisness card (kami xdak bisness card pun...rugi2) masa ni lah kita nak bagi pada kawan2 baru...

Pembelajaran hari kedua dan ketiga, DAO byk menyentuh ttg tajuk seminar, iaitu strategi rahsia menjadi jutawan.. Antaranya :

  1. Formula of  P.O.W.E.R. Antaranya, DAO bagi magic formula untuk kembangkan bisnes, iaitu membuka peluang kepada orang luar utk jadi pengedar produk kita..
  2. Huraian 300 STRATEGI PEMASARAN...yg ni part yg mmg stress giler..bayangkan 300 strategi dah diberi, yg mendengar ni pun dh letih berpinau mata, macamana la DAO boleh sampaikan dlm masa setengah hari je..setiap satu dihuraikan. Mmg pecah rekod n pecah kepala kami..Haha..DAO dah bantu kita dgn memberi 300 strategi, apa lagi, balik, pilih yang mana bekanan, then apply....
Nak tahu lebih lanjut??? Apa lagi, jomlah join seminar MMM...;)

Pada malamnya, ada HOT SEAT, the best part dalam seminar katanya...semua peserta yang berjaya dipanggil utk berkongsi pengalaman... teruja nak dgr pengalaman org2 berjaya jadi jutawan ni, utk motivasi diri dan inspirasi.. 

 
Formula Of P.O.W.E.R.


300 marketing Strategi dah pun diberi, confirm MELETOP kalo apply..

14/9/2014
The last day.....umpama student abes semua kuliah dan start cuti sem, boleh balik kampung, tipu la kalo kata xbest kan?? mesti la best... Tp secara jujurnya mmg terasa sedih.. satu perasaan yg agak luar biasa...mmg hebat kesannya, MELEKAT di hati.. Hari terakhir, ada sikit mengantuk.. Terlelap jgk la beberapa saat, mungkin letih sgt kot.. Tapi kalo difikirkan letih, guru lebih letih mengajar daripada kita, kan? My sister lagi sakan lena... masa hari 1st aritu, " Hg jgn bagi kakak lena, RM500 tu bayar, rugi la kalo tidoq".. hari ketiga " Kakak nak tdoq sat ja... " huhu..

Antara pembelajaran yg terakhir:
  1. DAO sentuh ttg theme line dan logo yang terbaik dalam bisnes.. beberapa contoh kad dan iklan diberikan. ( sediakan kad bisnes sbb mgkin kad anda bertuah dipilih oleh DAO sbg contoh)
  2. Yang paling best skali, DAO dedahkan rahsia 7 CARA NAK JADI JUTAWAN.... hehe...Kalau betul2 ikut, InsyaAllah, tahun depan leh jadi jutawan dah...Nak tahu caranya??? Rahsia.....dah bagitau byk kali dah kan??fikirlah sendiri ye..... ;)


Bakal2 jutawan perlu ada kira2 ni...

Sebelum tamat, DAO buka Q & A untuk peserta...berebut2 nak dapatkan pndgn DAO.. peserta yg bertanya pun, bukan main hebat lg... semua dah ada bisnes yg kukuh, cuma nak tahu bgaimana cara nak luaskan pasaran n ada jugak yg masih pening2 lalat... DAO hanya bagi pandangan, kita yg buat buat keputusan. Jawapan yg diberi oleh DAO sgt luar biasa.. U ARE SO MARKETING GENIUS DAO!!

Sekian sahaja apa yg dapat dikongsikan oleh sy..Sebenarnya, byk sgt yg nak dikongsi, tp terhad sbb menulis ni lain drpd menulis buku... kalo tulis buku, boleh la nak cerita detail. tulis blog, pnjg sgt pun, bosan jgk nk bca kan? baik baca buku or artikel or jurnal.. (padahal malas dah nak tulis...huhu) kalau nak tahu lebih lanjut, leh je comment atau add fb Yayasufiya, leh chatting kat fb je... Sy cuma share apa yg sy mampu. nak lebih jelas, silalah mendaftar MMM yang akan datang... Get to KNOW , UNDERSTAND and EXPERIENCE....

I AM A MARKETING GENIUS!!!

Eh, ada sikit lagi nak share..kita sambung part 4 ye... ;)



Last day, tamat seminar (cc: K.ina kacang sedap n iqa JSD)
Bersama Jerry...Nak tahu sapa? Jom join seminar...
Hari last, tulis Love letter for DAO...
Ni buku harus ada ye..kalo xbaca pun, buat koleksi..hehe


Friday, 21 November 2014

Millionaire Marketing Mastery with Dr Azizan Osman-Part 2

Kesinambungan daripada kisah di Part 1 .. ;)

Sebelum berangkat ke KL, kami berdua telah diberi warning oleh abah.. " abah bagi masa hampa 3 bulan, balik dr DAO, abah nak tgk semangat hampa meniaga macamana" aduss...... tak sangka rupa2nya abah dah siap search internet pasal DAO bila kami gtau je yg kami nak join seminar.. abah mmg sokong sbb dia kata, ramai yg berjaya dalam kelas DAO...So, we have to wait n see...

11/9/2014
Sampai kul7.30mlm kat PGRM, dgn semangatnya trus p register kat kaunter VIP (sbb katanya register tiket VIP), akhirnya ditolak ke general...agak2 la kan, byr pun murah drpd org lain, takkan nak dapat VIP kot...haha! rupa2 nya kedudukan kita adalah berdasarkan harga bayaran. yang tiket MURAH silalah duduk di BELAKANG ye..(mcm kasta plak...hehe), tgk DAO dr jarak jauh je ye...hihi... ok...faham...Biasalah hidup di dunia, yg kekurangan tu pasti akan terpinggir. Org yg banyak duit ni, byk kelebihannya...Kat sini pun dah nmpk kan  betapa berKUASAnya WANG kat dunia ni.. So, moral of the story, we have no choice, terpaksalah jadi kaya.. betul tak??  Hmm...namun bagi sy, segala2nya bergantung kepada individu, bagaimana cara kita menerima dan menggunakan ilmu tersebut, doesnt matter how the way we get it.. duduk depan pun kalau tido, xdapat apa jgk..baik dok belakang. (think positif ok... ;)
Yaey!! dah settle register, Jom balik bilik tido awai, esok ada appoinment dgn DAO... :)


Ni lah buku rahsia yang dapat masa register bersama dgn tag nama. siap ada homework..





12/9/2014 
Dengan semangat berkobar2, kami tiba awal di dewan.. ingatkan kami plg awai, rupa2nya dah penuh depan pintu..kena berbaris ye...barisan VIP dan General diasingkan sbb VIP akan masuk dulu duduk di barisan hadapan, kami general masuk kemudian, jadi boleh pilih nak dok mana sahaja, asalkan di belakang...haha...jadi, mmg berebut2lah yg general ni, kalo boleh nak paling depan antara  general2 yang lain..hikhik...kami pn xketinggalan berebut jgk.. satu lagi, ada syarat, masa dlm dewan, kita dilarang ambil gambar lgsg, jgn dok suka2 nak amek gmbr. krew2 sentiasa ada memerhati dan memantau, kalo ada yg cuba2 amek gambar, akan dirampas. JGN bikin DAO marah ok.... hormatilah permintaan DAO selaku guru kalau nak ilmu yg diberi itu berkat..Betul x??

Permulaan sesi pembelajaran oleh DAO memang menarik..kita akan aerobic dulu!! wah...ni part paling best!! sy sangat suka...regangan otot..mmg rasa segar.. kehadiran DAO mmg dinanti2..Moment DAO keluar je, semua menjerit2, mmg sebijik konsert live yg sy tgk dlm tv (sbb xpenah p tgk live concert pun..huhu..)

Okay...bermulalah sesi pembelajaran.. untungnya DAO bgi workbook, DAO  ajar ikut silibus yg ada dlm tu, memudahkan kita ikut.

Walaupn sehari suntuk tanpa henti, mula 8.30 pg smp 11.00mlm ( henti la jgk utk mkn n solat) mmg rekod la sy xmengantuk lgsg.. Kalo dulu p kuliah, lecturer ajar nak masuk 3jam, kami dah mintak stop..semua dah lesu.. tp berbeza dgn kuliah DAO, pelik jgk... tak tahulah org lain, tp sy rs cara penyampaiannya mmg tak bosan. Sbb DAO bercerita melalui pengalaman hidupnya yg sebenar, sejak bermula zaman kejatuhannya sehingga dia naik ke satu tahap yg tak dijangka...menjadi seorang jutawan pada usia yg muda. Itu yang kita semua impikan..

Okay, mari kita tengok sedikit apa yg diajar utk hari pertama..

  1. Kita perlu jelas apa perniagaan yang kita buat n nak buat. kena bagi org TAHU, FAHAM dan ALAMI produk yg kita jual, samada barangan atau perkhidmatan. nak perkenalkan diri dan perniagaan pn perlu ada caranya...nak tahu???mudah ja caranya...kenala hadir MMM.. ;)
  2. Senaraikan impian dalam hidup...sbyk mana yg mungkin.. dan pilih 5 yang utama dan pastikan itu impian yg benar2 harus dicapai dgn menjadikan perniagaan sebagai plaform.
  3. Anggapkan diri tiada apa2, tuliskan apa yg kita impikan untuk perniagaan kita.. berapa besar perniagaan, target keutungan dan apa2 sahaja..
  4. Apa itu marketing? ramai org salah faham dgn maksud marketing... DAO jelaskan satu persatu antaranya marketing merupakan proses xtak putus2.. (start -> middle -> no ending).
  5. 10 Common mistakes in business. Antara salah satu yg sy leh highlight kat sini, ramai antara kita suka memulakan perniagaan dgn modal yg besar (kononnya leh untung besar) dan meniaga pelbagai barangan (maknanya xdak fokus).Itulah adalah strategi yg silap..
  6. Kesimpulannya, nak berniaga atau nak buat apa2 sekalipun, WAJIB ada ILMU...

Ha...tu hanya secubit daripada apa yg diajar utk hari pertama... byk lagi...nak tulis semua, takut org bosan pulak.. Nak tahu selebihnya, kena lah join seminar ye...
So, kita sambung untuk sesi pembelajaran hari kedua n ketiga pada Part 3 lah pulak, ok??? 

 (source: internet) Keadaan dewan semasa IMKK. Ni lah gambaran semasa di MMM , tp takde tingkat atas tu..


Antara peserta2 yang ceria merupakan pemegang tiket general MMM ;)


Sekian utk part 2.... ;)









Tuesday, 23 September 2014

Millionaire Marketing Mastery with Dr Azizan Osman-Part 1

Alhamdulillah... tak sangka dah seminggu berlalu berseminar MMM bersama Dr Azizan Osman. Suatu pengalaman yg luar biasa dan hebat buat dekno (that's me) n Linda (my sis). Walaupun dh berlalu, masih teringat2 terasa aura DAO semasa MMM, mmg Best!!

Nak cerita mcm mana boleh terjebak dgn DAO ni?? 
B4 this, dh bertahun n byk kali tnampak muka DAO dlm fb, iklan, banner di merata2, i really not interested at all... Rs mcm menyemak je kat fb, pelik manusia ni, pantang dgr ada psl duit, nak jadi kaya, jutawan, mesti taksub dgn org tu...Mmg semua org nak kaya, usaha jelah.. Xperlu taksub kpd manusia kan?? Ok...faham...sy xsuka n xminat kan? Tp bila org tny " kenal Dr Azizan Osman?", sy mst jawab "kenal, dia yg ajar org jadi jutawan.." ha....nmpk x?? Hebatkan??  Nak xnak, sy terpaksa kenal DOA tanpa niat melalui iklan 2 yg sy anggap menyemak tu... haha... Nak jadi cerita, tahun ni, 3/9/14 ada sorg member ni mmg cita2 nak jd jutawan, ajak sy join seminar free DAO kat seberang perai.. Malas nak p, tp disebabkan kesian kat member ni, dia kata 3 org dpt free, so join lah jgk.. 

3/9/14
Masa smp tu, Wah!! terkejut jgk la, ramai giler org penang nak jadi jutawan rupanya... sanggup bersesak tu...mcm nak masuk konsert. smp mcm tu sekali penangan DAO.. Jom nak dgr skit apa yg menarik sgt..

Setelah hampir 3 jam lebih, sy xmiss lgsg every words yg disampaikan..  Hurmm... xdinafikan, mmg terkesan di hati setiap yg disampaikan.. Mgkin cara penyampaiannya sgt menarik. Tak tahan perut, gelak pun byk jgk.. Walaupn xminat, leh jadi minat. Auranya smp menusuk ke jiwa.. Semangat berniaga yg selama ni BIASA-BIASA je trus meningkat kepada LUAR BIASA... Abes je seminar, DAO buat offer utk mengikuti kelas MMM pada 12-14/9/2014.. Harga plg murah yg ditawarkan lebih kurang 1k.. Mmg teringin sgt2, tp nak kena register mlm tu jgk n byr deposit serta merta. Byk kali jgk la pikiaq.. Kakak mmg dah semangat sgt, sy trus down sbb seribu, pastu mg depan plak tu... mcm tergesa2 sgt nak kena buat keputusan, trus jd blur, ajak kakak balik.. Agak kecewa la jgk... Tp dalam hati cakap, xpe, kuasa Allah, apa pun leh jadi..


Aura dah dok mai dah.....



10/9 /14
Kakak dpt panggilan hangit dr kak ina (kacang sedap) gtau ada 2 tiket utk ke MMM harga RM497 ganti member dia 2 org yg xjadi join. Moment kakak bgtau je, sy trus SETUJU serta merta, bg sy harga mampu milik.. See!! Kalo dah jodoh, x kemana kan?? See u DAO!!! =)

* Nantikan Part 2, YayaSufiya akan share pengalaman sepanjang 3 hari bersama DAO...





Tuesday, 20 May 2014

Lemon ubat Kencing Manis

Hari ini saya nk kongsi cerita pasai lemon n kencing manis..

Kencing manis dari 36 boleh turun smp 4.. Betoi ka?? Sebelum bgtau apa rahsianya, jom kita kongsi cerita sorang kawan dekno ni..kesian sangat…

Baru umur 31 tahun menghidap kencing manis hingga menyebabkan mata dia sebelah kanan dah tak boleh nampak n skrg ni plak mata sebelah kiri plak bermasalah… Si kawan ni sebenarnya memang ada keturunan la.. semua family pun kencing manis. Dah dipesan, tapi dia ni tak mau beringat, tak mau jaga makan.. Mak dia mmg dah nasihat suh control makan tp maklumlah muda2 selera makannya besar...Macam manalah dia nak control semua tu..semuannya dia bedal. Air berkabonat ni jangan cakaplah favourite…Mimpi ngeri bermula setelah dia terjaga dari tido..pagi2 bangun terus mata dia tak nampak…Bayangkan kalau kita berada di tempat dia..macamana la kan?? dunia tiba2 jadi gelap..sedihnya...

Skrg dia masih menjalani rawatan untuk selamatkan mata yang sebelah kiri. Mata yang sebelah kanan memang dah tak dapat diselamatkan lg. Yang kiri sekarang masih tak leh nampak, tapi doktor sedang usaha sekurang2 nya mata sebelah kiri tu masih boleh digunakan wlaupun kabur2.. Paras gula yang terlalu tinggi menyebabkan saraf mata di rosak..

Masa saya n dekno p melawat dia kat hospital, nampak la buah lemon penuh dalam satu bekas. Dok sembang2 dgn mak dia, mak dia pun gitau lah petua nak turunkan paras gula dalam darah... Rupa2nya mak dia mengamalkan makan buah lemon setiap hari. sekali dgn kulit ditelannya...Paras gula mak dia dulu selalunya memang sangat tinggi tp memang dah turun sampai ke paras yg selamat la antara 4 hingga 6… Si Kawan ni pun dulu mak dia dah dok pesan makan lemon, tapi biasalah anak2 muda ni, bukan pecaya...Sekarang, satu hari dia makan 2-3 bijik, memang ternyata berkesan. Setiap kali chek paras gula 4 hingga 6 ja.. Alhamdulillah...

Balik rumah, saya pun carilah apa khasiat lemon ni sebenarnya sbb paras gula pun bleh turun.... Berikut merupakan beberapa fakta lemon yang perlu kita tahu :


  • Sebiji lemon mampu menghasilkan kira-kira tiga sudu besar pati jus berkuantiti 50ml.
  • Perlu disimpan dalam suhu bilik agar jusnya mudah diperah dan dikeluarkan.
  • Mengandungi manfaat karbohidrat, lemak, protein, thiamine (vitamin B1), riboflavin (vitamin B2), niasin (vitamin B3), asid panthothenic (vitamin B5), vitamin B6, folat (vitamin B9), vitamin C, kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, potassium dan zink.


Ni lah rupa buah lemon.....
Melalui pembacaan, dengan mengamalkan menikmati lemon setiap hari dapat mencegah dan menyembuh beberapa penyakit seperti :
  • Lemon kaya dengan antioksidan yang menyahaktifkan radikal bebas dan menghalang pelbagai penyakit berbahaya seperti strok, penyakit kardiovaskular dan kanser.
  • Jus buah ini membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan paras kolesterol baik (HDL).
  • Titisan pati lemon pekat di dalam air panas dipercayai dapat membersihkan sistem penghadaman dan hati.
  • Membantu meningkatkan produksi antibodi di dalam darah untuk menentang pelbagai jangkitan dan serangan mikroorganisma.
  • Merendahkan risiko kanser kolon, prostat dan payudara. Ia turut mencegah kerosakan metabolisme dalam sel yang akan menukarnya menjadi karsinogenik.
  • Langkah pencegahan bagi pesakit jangkitan salur kencing atau genorrhea 
  • Mengurangkan masalah sakit colic dan gastrik.
  • Amalkan sesudu sirap lemon pekat sehari untuk mengubati asma.
  • Jus lemon dapat mencegah dehidrasi dan kesan diarhea di samping memberikan cahaya keserian wajah.
  • Jus juga dapat mengatasi inflamasi lidah, stomatitis atau gingivitis di dalam mulut.
  • Berkumur dengan jus lemon dapat menyingkirkan plak, memutihkan dan menguatkan enamel gigi. Ia juga mengubati jangkitan tekak dan bagus untuk rawatan diphtheria.
  • Pati jus lemon digunakan untuk memerap makanan laut atau daging untuk membunuh bakteria dan organisma yang terdapat di dalamnya.
  • Menyelesaikan masalah pencernaan
  • Melegakan pedih ulu hati, kembung perut, sakit tekak, mengawal tekanan tekanan darah tinggi, pening dan loya.
  • Mengimbangi pH badan, meningkatkan system imun, menyah toksik, membersih darah dan usus serta bertindak sebagai antibakteria
  • Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
  • Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan 'pembersihan' yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
  • Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
  • Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.


Rahsia penyembuhan buah lemon juga ada diceritakan dalam blog pusat rawatan islam KISWAH. Selain itu, khasiat lemon juga banyak dikhabarkan dalam versi indonesia.. contohnya http://www.berkhasiat.com/ banyak menceritakan pelbagai khasiat sumber semula jadi dalam kehidupan seharian.

Sekarang ni mak n abah kat rumah pun dah start makan lemon sebijik 1 hari… sejak makan lemon dengan nasi dia rasa perut dah kurang sikit berangin sebab dia ada gastric… bab kencing manis  tak tahu la plak sbb mak tak check lg paras gula dia sebab mak mmg tak dak masalah kencing manis..Tapi memang bagus la sebab gastric bleh kurang… saya pn kadang2 makan juga walaupun sangat2 pahit tp sedap bila buat ulam makan dengan nasi… nak sihat la katakan… sekarang ni bukan kira umur penyakit nk datang.. Mencegah lebih baik dari merawat… Betoi x?? 


Teknik lama memerah jus....hehe..

Salah satu cara makan kulit lemon..Buat ulam. Sedap tu cicah dengan sambal belacan..

Macamana cara makan lemon untuk orang kencing manis yang tinggi dan teruk??
Caranya, makan sekurang2nya sebijik 1 hari. Kalau mampu, biar lebih. bukan amek jus nye saje ye, makan sekali dengan kulit tau... pastu, bila dah chek paras gula, dah turun n ok, jangan trus berhenti.. amalkan setiap hari sebijik. yang sihat pun boleh amalkan sbg langkah mencegah. Tak susah kan nak jaga control kencing manis?? Makan je...

Kesimpulaannya, Lemon memang berkhasiat untuk kesihatan.  Bukan saje untuk kesihatan kulit, namun untuk kesihatan dalaman badan.. Benarlah, bila Allah turunkan penyakit kepada kita, sebenarnya, Allah juga turunkan penawar yang hampir dengan kita, kita hanya perlu berusaha..Hebatkan ciptaan ALLAH...

Selain sihatkan badan, jus lemon yang dicampur air suam dan madu dapat membantu menurunkan berat badan...Haaa... Mesti ramai nak KURUS kan??? So, apa lagi, jom p beli lemon wat stok di rumah n jadikan lemon makanan dan minuman wajib setiap hari... :)

Yaya Sufiya Baby SPA

Yaya Sufiya Baby SPA merupakan budget spa yang beroperasi di rumah yang diusahakan oleh dekno dan ina, kira bisness adik beradik la ni... Buat masa sekarang, kami menyediakan perkhidmatan urutan badan (full body massage), lulur badan (full body scrub) dan urutan muka (face massage). Coming soon, akan ada lagi lain2 service kecantikan wanita di Yaya Sufiya Baby SPA dengan harga yang murah..bergantung kepada budget. (Sekarang tengah belajar untuk lain-lain perkhidmatan..huhu..) Yaya Sufiya baru beroperasi selama 3 minggu. 

Focus customer adalah semua golongan wanita muslimah (berkerjaya dan surirumah) yang tiada masa untuk memanjakan diri setelah letih berkerja dan menguruskan rumah. Harga yang diberikan sangat berpatutan dan mampu dibayar oleh sesiapa sahaja terutama yang mencari- cari spa yang murah (Yang penting skali, yang murah tak semestinya tidak berkualiti ok...) Yang mana yang dah cuba, jangan lupa recomend kan pada kawan2 dan berikan pendapat dan cadangan anda pada kami untuk tujukan peningkatan perkhidmatan yang lebih baik...
Menu utama di Yaya Sufiya Baby Spa

Fliyers yg diedar kepada customer




Inilah yayasufiya baby spa. Nampak jambukan??? ;)


Apa tunggu lagi org Penang???  Jom kita manja-manjakan diri!!!!
Cepat2 buat appoinment...


Tuesday, 6 May 2014

Yaya Sufiya Baby Spa

Yaya Sufiya Baby SPA merupakan budget spa yang beroperasi di rumah yang diusahakan oleh dekno dan ina, kira bisness adik beradik la ni... Buat masa sekarang, kami menyediakan perkhidmatan urutan badan (full body massage), scrub badan (full body scrub) dan urutan muka (face massage). Coming soon, akan ada lagi lain2 service kecantikan wanita di Yaya Sufiya Baby SPA dengan harga yang murah..bergantung kepada budget. (Sekarang tengah belajar untuk lain-lain perkhidmatan..huhu..) Yaya Sufiya baru beroperasi selama 3 minggu. 

Focus customer adalah semua golongan wanita (berkerjaya dan surirumah) yang tiada masa untuk memanjakan diri setelah letih berkerja dan menguruskan rumah. Harga yang diberikan sangat berpatutan dan mampu dibayar oleh sesiapa sahaja terutama yang mencari- cari spa yang murah (Yang penting skali, yang murah tak semestinya tidak berkualiti ok...) Yang mana yang dah cuba, jangan lupa recomend kan pada kawan2 dan berikan pendapat dan cadangan anda pada kami untuk tujukan peningkatan perkhidmatan yang lebih baik...



Menu Utama di Yaya Sufiya Baby SPA

Rupa Flyers yang diedar kepada customer

Jom Jom Try manjakan diri di YAYA SUFIYA BABY SPA... ;)

ok.Tata **




Sunday, 4 May 2014

Kenapa tak boleh sign up facebook baru?

Mungkin aku agak ketinggalan zaman.. Tapi nak cerita jugak la satu kisah agak lucu bagi aku, namun aku belajar sesuatu yang baru yang mungkin dah lama orang lain tahu...


Sejak kami ada blog ni, aku nak buatla facebook baru pkai email blog ni.. Dekat 2 minggu aku cuba nak bukak akaun fb baru untuk yaysufiya, cadangnya nak promote perniagaan spa n tudung... tapi tak boleh.. Bila aku dah siap fill form untuk sign up, benda ni yang keluar 'we are not able to process your registration'. Byk kali aku cuba, kot-kot la silap tulis email ke apa.. Lama2 dok cuba, aku chek setiap patah perkataan, benda tu jugak keluar. aku cuba jugak lain kot-kot email aku tu kena block. Punnn tak boleh jugak. Last2 aku bengang, seminggu jugak kot aku tak tengok facebook. Aku fikir, mungkin jugak admin facebook buat sekatan untuk buat akaun facebook disebabkan penyalahgunaan social network sekarang yang semakin berleluasa.....

Selepas seminggu lebih, semalam aku try lagi... Tak boleh jugak.. Geram giler!! Aku buntu, aku search 'why cannot sign up facebook ?' kat google (dah lama baru nak search, teruk betoi......) banyak jugak aku bukak link, tapi tidak mendapat jawapan yang aku cari. Heran jugak aku, aku sorang je ke yang masalah ni...?? At last, hampir2 putus asa, nak padam semua link, tiba2 aku terbukak satu link, terlintas kat mata je satu perkataan yang sangat membantu "make sure your age under 13....." yang tu je sempat aku baca, lepas tu jari aku dah terclik pangkah! damn!! Tapi key pointnya aku dah dapat!! Baru aku ingat, umur yayasufiya yang aku letak kat facebook tahun 2014, sempena tahun penubuhan blog yayasufiya.. Mmg xsampai setahun pun lagi kot yayasufiya..hahaha! Patotlah takboleh proses.... Cepat2 aku sign up balik, letak tahun 1983, average umur kami bertiga. HAH! Siap terus, Successss.....HAHAHA!




Alhamdulillah!!! Welcome yayasufiya..
Geram giler bila kluar kotak ni...











Moral of the story:
  • Jangan cepat putus asa mencuba sesuatu yang baru.
  • Baca satu persatu bila search maklumat kat google, mungkin kita terlepas pandang enda yang kita nak cari.
  • sebagai pengguna social network, must alert perkembangan semasa social network. Jangan jadi macam aku, tak tahu undang2 nak buat facebook (padahal dah betahun2 guna....) huhu..


Walaupun centre facebook dah kuatkuasakan undang2 untuk halang kanak2 bawah umur 13 memiliki akaun facebook, namun, sejauhmana keberkesanannya? Memang kalau dari segi mata kasar, nampak berkesan sebab once kita enter date of birth, kalau usia bawah 13, tidak akan diproses. Namun, boleh ke kita halang budak2 ni dari menipu tarih lahir mereka?? Pihak yang bertanggujawab, Internet Service Provider (ISP) pun xdapat jamin bahawa children under 13 sepenuhnya dibarred from social network.. Pokok pangkalnya, kembali kepada ibu bapa... penggunaan media sosial ni byk faedahnya, kitalah yang menentukan corak penggunaannya.. Yang penting skali, sentiasa pantau aktiviti anak2.. Rajin2 la baca link ni Innovation and inspiration for modern parents, best jugak topik forum yang dibincangkan...

* Rajin2 la add facebook yayasufiya..

Ok.Tata*